Notes
Assalaamu3alaikum... Dear anaknda semua ..Please read the notes on Qiyas and we will discuss the suggested topics in class next TUESDAY after 3aidul Fitri Insyaallah.... Allah MA3akum.
CLICK HERE to read the notes.
Pantun rambutan
Jalan jalan nampak rambutan
Cepatlah kebas bisik pak Setan
Carilah kemuliaan dalam ketaatan
Jauhilah kehinaan hindari kemaksiatan
Hujan lebat hari ini. Dari pukul 3 sampai pukul 10 pagi non stop . Sejuk jugak dunia ini. Jalan keluar rumah dalam pukul 3 nak jemur baju dalam hujan ternampak sebaldi rambutan rumah. Sedap jugak rambutan ni. Ia dari jenis rambutan gula batu manis meltin melekap ke lelangit manisnya .Sedap? memang lah sedap .
Dalam menjemur menyidai baju saya ternampak serumpun pokok pisang yang belakang rumah. Ternaik bulu roma sayabila ternampak sesuatu bergerak -gerak di celah nya. Hmmm anak memerang agaknya. Dalam kesunyian menyidai datang pula seekor kucing mengiau ngiau. Comel jugak tapi dah basah sikit. Meh meh saya panggil dia . dia jawab eaoww bahasa standard. Baru sidai dua lai kain datang pulak klatak sekor melompat dekat dengan kaki saya . Berkilat kulit dia tapi tak de dengan apa apa bunyi darinya. Semakin meriah sessi menjemur kain ni. Bila perati betul - betul di atas siling ada pula cicak menempel . Sejuk agaknya sian. Ini mesti keturunan cicak yang terselamat dari lestik saya masa kecik kecik dulu.Teringat tok nenek dia pernah makan kapur yang saya letakkan di hujung lidi . Apabila dimakan oleh cicak dia akan pening masatulah saya akan lestik dia. Cekap kan?
Sidai lagi selai baju. Pap penampar saya berikan kepada nyamuk yang hinggap di lengan. Wahhh sedap ye kau nak makan darah aku. Kenapalah cicak ni tak makan nyamuk tadi ini mesti saja dia nak balas dendam.
Dalam kesunyian pagi kelebatan hujan dan ditemani beberapa makhluk Allah yang kelihatan Terfikir juga saya akan makhluk - makhluk lain yang sedang memerhatikan saya. Di luar pagar sebalik pokok p[isang itu terdapat sebuahlongkang yang besar. Dalamnya penuh dengan Ikan . Mungkin sang memerang sekeluarga sedang memburu ikan , disertai sang biawak dan ular. Saya tahu mereka wujud disitu kerana selalu perhatikan aktiviti mereka di siang hari. Cuma memerang dan kerbau pendek akan hanya keluar diwaktu malam. Musang juga selalu menziarahi memanjat pokok rambutan di belakang rumah ni.
Jemuran terakhir di sidaian. Alhamdullillah. Masa untuk masuk semula ke rumah. Selamat malam tetamu tetamu sekalian.
Meriah sungguh malam ini tidak sesunyi yang saya sangkakan.
Alhamdulillah,
ReplyDeleteBapa kucing juga ye?.. :)
Alhamdullilah selesai jugak menjemur pakaian tu
ReplyDeleteMeriah nyer ... macam duk kat tepi Zoo mini jer kedengarannyer. Hehehehe
ReplyDelete