Notes

Assalaamu3alaikum... Dear anaknda semua ..Please read the notes on Qiyas and we will discuss the suggested topics in class next TUESDAY after 3aidul Fitri Insyaallah.... Allah MA3akum.
CLICK HERE to read the notes.

Tuesday, March 6, 2012

Maut

Keluar subuh untuk sembahyang
Ke Kanan jangan jelas ditayang
Bila nyawa sedang melayang
Apa perkara mula terbayang?


Thursday, February 16, 2012

Umat kera

  -didi- Selamat pengantin baru kepada yang baru kawin -dada-
-dodo- selamat menyambut bayi kepada yang baru bersalin.-dudu-
-  selamat selamat selamat. -



Berjalan berjalan berjalan dan terus berjalan . Jasad menurut perintah otak melayan perasaan hati. kaki melangkah setapak demi tapak membawa jasad. jalan lagi melalui jalan yang bertepikan padang menghijau (macam tahu je mana) jalan lagi menapak memanjat jalan berbukit . Kereta berderu habuk beterbangan. Hujan mula turun . setiap butir yang hinggap di kepala bagai batu sebesar penumbuk. biarlah. Jalan je jalan jalan jalan. melalui perbarisan pokok pokok bagai soldadu soldadu yang siap berpedang tiap kali melaluinya menghayun pedangnya . Jalan lagi jalan lagi tiada yang kedengaran dunia sunyi dunia berhenti berputar atau aku yang yang berputar laju? jalan lagi , jalan jalan. Jauh destinasi aku akhirnya sampai juga. Lihat sekeliling semuanya bergerak perlahan. Kucing yang berkejaran  tu pun bergerak perlahan . Mengapa tak mengiau? Baling ngan selipar karang zalim pulak nanti . "ABC satu. tak yah special special .  Bagi yang ABC tak yah letak sirap tak yah letak apa. letak air batu je. " dunia memang perlahan hari ini.


Biru langit turun ke bumi
memujuk tanah menghijau mata
Lupakanlah kasih lupakanlah kami
Semuanya fana' semuanya dusta 

Umat yang lupa akan maksud jadinya akan sentiasa ditipu dunia walaupun dunia tidak menipu. kerana panjang angannya matahari yang naik turun disangka tanda panjangnya nyawa, kerana besar nafsunya semua yang kelihatan mahu dimilikinya , lupa dan terus lupa hanyut dan terus hanyut semuanya akan fana' mendustakan dirinya sendiri.


Nampak ikan semua dilanggar
Menyombong mala3un Taghut disembah
Umat kera dihalau dipagar
Dunianya gagah akhiratnya rebah

Umat kera umat kera umat kera....
Janganlah jadi umat kera jadilah umat Muhammad SAW.
setelah lupa dan terus mendustai kebenaran akhirat manusia terus hanyut semuanya dilanggar , yang sesat disembah disanjung , menyombong kepada kebenaran . Teruskan bersifat umat terdahulu yang menjadi kera kerana melanggar perintah Allah SWT, menyombong terhadap nasihat serta perintahNya dan menyembah menuruti para penentang yang berlebih lebih kezalimannya dan keengkarannya. teruskan bersifat begini dan jadilah umat kera yang menyangka dirinya pandai dan gagah tapi  sebenarnya terus hanyut ditipu dunia.



Yang berlabuh berlayar pergi
berlayar pergi takkan pulang
Usia pinjaman jangan dirugi
Iman amal jihad dijulang

Biru langit turun ke bumi
Merah Maghrib berlalu pergi
Maksiat ibadat diujinya kami
Di Akhirat tahulah untung rugi


Monday, January 2, 2012

Pantun rambutan

 
Jalan jalan nampak rambutan
Cepatlah kebas bisik pak Setan
Carilah kemuliaan dalam ketaatan
Jauhilah kehinaan hindari kemaksiatan 
  Hujan lebat hari ini. Dari pukul 3 sampai pukul 10 pagi non stop . Sejuk jugak dunia ini. Jalan keluar rumah dalam pukul 3 nak jemur baju dalam hujan ternampak sebaldi rambutan rumah. Sedap jugak rambutan ni. Ia dari jenis rambutan gula batu manis meltin melekap ke lelangit manisnya .Sedap? memang lah sedap .
   Dalam menjemur menyidai baju saya ternampak serumpun pokok pisang yang belakang rumah. Ternaik bulu roma sayabila ternampak sesuatu bergerak -gerak di celah nya. Hmmm anak memerang agaknya. Dalam kesunyian menyidai datang pula seekor kucing mengiau ngiau. Comel jugak tapi dah basah sikit. Meh meh saya panggil dia . dia jawab eaoww bahasa standard. Baru sidai dua lai kain datang pulak klatak sekor melompat dekat dengan kaki saya . Berkilat kulit dia tapi tak de dengan apa apa bunyi darinya. Semakin meriah sessi menjemur kain ni. Bila perati betul - betul di atas siling ada pula cicak menempel . Sejuk agaknya sian. Ini mesti keturunan cicak yang terselamat dari  lestik saya masa kecik kecik dulu.Teringat tok nenek dia pernah makan kapur yang saya letakkan di hujung lidi . Apabila dimakan oleh cicak dia akan pening masatulah saya akan lestik dia. Cekap kan? 
   Sidai lagi selai baju. Pap penampar saya berikan kepada nyamuk yang hinggap di lengan. Wahhh sedap ye kau nak makan darah aku. Kenapalah cicak ni tak makan nyamuk tadi ini mesti saja dia nak balas dendam. 

Dalam kesunyian pagi kelebatan hujan dan ditemani beberapa makhluk Allah yang kelihatan Terfikir juga saya akan makhluk - makhluk lain yang sedang memerhatikan saya. Di luar pagar sebalik pokok p[isang itu terdapat sebuahlongkang yang besar. Dalamnya penuh dengan Ikan . Mungkin sang memerang sekeluarga sedang memburu ikan , disertai sang biawak dan ular. Saya tahu mereka wujud disitu kerana selalu perhatikan aktiviti mereka di siang hari. Cuma memerang dan kerbau pendek akan hanya keluar diwaktu malam. Musang juga selalu menziarahi memanjat pokok rambutan di belakang rumah ni. 
   Jemuran terakhir di sidaian. Alhamdullillah. Masa untuk masuk semula ke rumah. Selamat malam tetamu tetamu sekalian.

Meriah sungguh malam ini tidak sesunyi yang saya sangkakan.


Tuesday, December 27, 2011

Kubur

Assalamu3alaikum

     Pukul 1 pagi. Tak de apa yang kelihatan tidak apa yang kedengaran. Senyap . senyap . senyap . Bagaimanakah suasana dalm kubur? Apa yang kelihatan? apa yang kedengaran? senyap? bising? cerah ? gelap? 

Laparnya perut saya. NAmpak seekor cicak kat atas siling. Kalau masa kecik kecik dulu memang simpan satu getah khas untuk menembak cicak. Macamana lahcicak ini boleh melekap di atas siling. Kalau saya yang atas siling tu alamat runtuh lah siling tu. 

    Lapar la perut ni. berkhaayal keluar sekarang dan cari makan. Gelapnya dunia. Cahaya yang ada hanya daripada lampu - lampu jalan. Kereta menyusup laju menuju destinasi pemandunya. Adakah kita semua seperti cicak tadi? Adakah kita sebenarnya melekap pada siling dunia? Karut semua fikiran tu. Lapar perut ni.

    Selamat malam Malaya sebelum tidur mari kita melawat kubur dulu.     KLIK AKU CEPAT   


Pukul 1 suku pagi. 
Bagaimanakah keadaan kubur ku? 


    Berapa lama sekalipun kita di muka bumi gagah berbicara satu hari nanti kita akan terbaring di dalamnya tidak bermaya hanya iman dan amal serta amal jariah termasuk doa anak yang soleh yang berbicara membantu meneman . Ambillah peluang ketika di atas muka bumi ini untuk persediaan di dalamnya nanti. 



        Allahumma nawwir qulubana binuri hidayatik, 
kama nawwartal Ardha binurisysyamsik, 
abadan, abada birahmatika ya Arhamar Rahimin.. 
aminnn.